Monday, February 14, 2011

Konsert Tahun Baru Cina 2011

Konsert Tahun Baru Cina bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina, tetapi juga melibatkan semua warga Dunearn yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana muhibbah dalam kalangan warga berbagai kaum. Selain dapat menyaksikan persembahan tarian modern, tarian Melayu, kumpulan padu suara, nyanyian pemenang D'GIG' dan pelajar asing dari negeri Cina, dan sebagainya, warga Dunearn juga dapat merasai makanan tradisi Cina iaitu ‘Lou Hei’dan melakukan kegiatan amal dengan menderma kepada Rumah Tumpangan Orang-Orang Tua Bukit Batok.