Wednesday, December 10, 2008

Kumpulan Tari Puspa Sari

Lemah gemalai tarian Melayu, warisan tempatan penuh keindahan.Bertepatan dengan gelarannya sebagai Persatuan Budaya Melayu adalah wajar diteruskan untuk tatapan generasi akan datand.Berbekalkan semangat ini maka sebilangan teruna dan dara mengorbankan masa dan tenaga mendukung aspirasi menonjolkan kehalusan dan keunikan seni tradisional Melayu.

Puspa Sari, harum namamu ibarat bunga yang sedang mekar di taman, bukan sahaja mengharumkan nama Dunearn dalam Pertandingan SYF tetapi juga mendapat undangan mengadakan persembahan di majlis-majlis formal seperti South West CDC Arts Festival di Pusat Membeli-Belah West Mall dan Pesta Raya – Malay Arts Festival di Esplanade.

Kehalusan seni yang dipersembahkan mempersonakan para hadirin bahkan mendapat pujian dari pihak penganjur.Namun, begitu, aktiviti sekolah lebeih diberi keutamaan…Speech Day, Gongxi Raya Concert, Dunearnite akan hilang serinya tanpa lenggokan penari Puspa Sari.

No comments:

Post a Comment